Monday, November 24, 2008

Laporan Bengkel Sukarelawan ANIS

Bengkel Sukarelawan AKADEMI NISA'ISLAM (ANIS) telah berjaya diadakan ada 19 dan 20 Nov lepas di Bangunan FEDEC, Ampang.

Peserta yang hadir merupakan pelajar sekitar Ampang dan juga ahli-ahli HELWA ABIM. Majlis pada pagi rabu itu bermula dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azmiza yang merupakan eksekutif FEDEC. Manakala untuk Bengkel 1: Kenapa Aku? , pihak urusetia telah menjemput Saudari Akmariah yang merupakan Naib Presiden (HEWI) PKPIM untuk menyampaikan pandangan beliau. Manakala, untuk Bengkel 2, Saudara Haidhir telah hadir untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang sukarelawan dalam PKPIM, ABIM dan beberapa badan yang lain.

saudara Haidhir atau lebih dikenali dengan panggilan 'abg dat'.



Program pada hari rabu telah berakhir dengan sesi pembentangan oleh peserta tentang isu-isu yang telah mereka pilih semasa perbincangan dalam kumpulan, dan taklimat serta perbincangan tentang program di Rumah Nur Salam pada esoknya.





Aktiviti di Rumah Nur Salam, Chow Kit.

Adik-adik peserta ANIS dan sahabat-sahabat HELWA yang merupakan sukarelawan FEDEC telah berkumpul dari seawal 8.45 pagi di FEDEC. Selepas 'final meeting', pasukan ANIS-FEDEC telah bersama-sama menaiki LRT menuju ke PWTC yang merupakan stesyen terdekat dengan Rumah Nur Salam. Sesampai di Nur Salam, taklimat telah diberikan oleh 'programme coordinator' Nur Salam, En. Hasrul, sebelum beliau menyerahkan anak-anak Nur Salam kepada pasukan ANIS-FEDEC untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

sesi taklimat kepada pasukan ANIS-FEDEC.


khusyuk mendengar taklimat


kakchik @ achik




Semasa aktiviti dijalankan, anak-anak Nur Salam telah dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan mengikut tahap umur mereka. Pelbagai pengisian telah dirancang oleh kumpulan ANIS-FEDEC terutama program yang berbentuk keyakinan diri dan halatuju kehidupan. Kerjasama yang bagus telah diberikan oleh anak-anak Nur Salam yang hadir.

aktiviti melukis dan mewarna untuk anak-anak berumur bawah 9 tahun.


menyudahkan buku aktiviti yang telah diberikan.


Aktiviti pasukan ANIS-FEDEC di rumah Nur Salam berakhir pada jam 4 petang. Setelah itu, resolusi untuk 2 hari bengkel ANIS telah dibincang dan dibuat bersama. Semua ahli pasukan ANIS-FEDEC telah memberikan kesanggupan untuk terus membantu dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang akan dianjurkan pada hari-hari mendatang.

Oleh itu, pihak FEDEC-ABIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan bengkel ANIS kali ini. Syukran jazilan...






No comments: