Friday, January 23, 2009

ZIARAH DAN USRAH DI RUMAH PROF. DR. KHALIJAH SALLEH.

Alhamdulillah, pada 1 Januari 2009 yang lalu, HELWA ABIM Pusat, telah mengadakan Ziarah dan Usrah di rumah Prof. Dr. Khalijah Salleh, di Sham Alam, Selangor.

Prof. Dr. Khalijah merupakan mantan Exco ABIM Pusat. Semasa berbicara, Prof. Dr. Khalijah banyak menekankan tentang peri pentingnya sains dalam kehidupan muslim, dan kaitan antara bidang sains dengan Islam. Alhamdulillah, selain kehadiran dari HELWA ABIM Pusat, ziarah dan usrah ini turut dihadiri oleh HELWA ABIM Selangor, dan HEWI PKPIM.










PROGRAM JALINAN UKHUWWAH WADAH-HELWA-HEWI (WARDAH)

Pada 25 Disember 2008 yang lepas, pihak Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), HELWA ABIM dan HEWI PKPIM telah bersama-sama menganjurkan Program Jalinan Ukhuwwah WADAH-HELWA-HEWI (WARDAH) bertempat di FEDEC, AMPANG.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu telah dihadiri oleh lebih dari 30 orang pimpinan dan ahli ketiga-tiga badan generasi da’wah ini. Dr. Rahmah Hashim yang merupakan mantan Ketua HELWA ABIM telah dijemput untuk memberikan pengisian kepada yang hadir.


WARDAH ini akan diadakan setiap 2 bulan sekali bagi mengukuhkan lagi ukhuwwah dan memperkasakan kesatuan antara WADAH-HELWA-HEWI dalam memastikan kelansungan misi da’wah dalam keluarga besar 3 gerakan ini.


WARDAH yang seterusnya akan diadakan pada 1 Mac 2009, di Pusat Latihan ABIM (PLA), Sg. Ramal Dalam, bermula pada jam 11 pagi. Semua ahli WADAH-HELWA-HEWI dan staf agensi dijemput hadir.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil WADAH (Pn. Norasmawati-016 3134273), HELWA (Nor Azmiza- 019 9514389), dan HEWI (Mariati-016 8549012).











WAKIL HELWA KE FORUM WANITA ANJURAN RISEAP




HELWA telah menghantar Setiausaha Kerja, Sdri. Nor Azmiza dan sukarelawan tetap FEDEC, Sdri. Hidayah Muzakir ke Forum Wanita, Anjuran Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), pada 15 hingga 24 Disember 2008. Program yang berlansung di Hotel UITM, Shah Alam itu telah dihadiri oleh wanita-wanita dari badan dakwah di Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Singapura, Brunei dan beberapa persatuan lain di dalam dan luar Negara.

PROGRAM HIKMAH SCHOOL HOLIDAY PROGRAMME; BERJAYA DIADAKAN


Alhamdulillah, program kerjasama antara Center of Philosophical Inquiry in Education (CPIE), UIAM dan Family Excellence Development Center (FEDEC) berjaya dilansungkan pada 1 hingga 5 Disember 2008. Walaupun, penyertaan agak kurang memuaskan namun ibubapa yang menghantar anak-anak mereka pada program tersebut telah memberikan maklum balas yang cukup baik. Mereka amat berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.