Monday, November 24, 2008

Usrah HELWA

Pada 23 November lepas, sekali lagi HELWA ABIM meneruskan sesi usrah yang telah dirancang. Kali ini, usrah telah diadakan di rumah Pn. Suriyati Harun (isteri SUK ABIM, En. Saiful Alwi) di Taman Bukit Permata, Gombak. Usrah pada hari tersebut telah dimulakan dengan bacaam mathurat diikuti dengan tafsir dan seterusnya perbincangan tentang isu-isu semasa.

Usrah seterusnya adalah pada 13 Dis 2008 di FEDEC, Ampang. Jadi pihak HELWA ABIM menjemput seluruh AJK HELWA Pusat, pimpinan HEWI PKPIM, staf, dan mantan HELWA untuk hadir.



antara HELWA yang hadir





anak-anak turut hadir memeriahkan suasana




Laporan Bengkel Sukarelawan ANIS

Bengkel Sukarelawan AKADEMI NISA'ISLAM (ANIS) telah berjaya diadakan ada 19 dan 20 Nov lepas di Bangunan FEDEC, Ampang.

Peserta yang hadir merupakan pelajar sekitar Ampang dan juga ahli-ahli HELWA ABIM. Majlis pada pagi rabu itu bermula dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azmiza yang merupakan eksekutif FEDEC. Manakala untuk Bengkel 1: Kenapa Aku? , pihak urusetia telah menjemput Saudari Akmariah yang merupakan Naib Presiden (HEWI) PKPIM untuk menyampaikan pandangan beliau. Manakala, untuk Bengkel 2, Saudara Haidhir telah hadir untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang sukarelawan dalam PKPIM, ABIM dan beberapa badan yang lain.

saudara Haidhir atau lebih dikenali dengan panggilan 'abg dat'.



Program pada hari rabu telah berakhir dengan sesi pembentangan oleh peserta tentang isu-isu yang telah mereka pilih semasa perbincangan dalam kumpulan, dan taklimat serta perbincangan tentang program di Rumah Nur Salam pada esoknya.





Aktiviti di Rumah Nur Salam, Chow Kit.

Adik-adik peserta ANIS dan sahabat-sahabat HELWA yang merupakan sukarelawan FEDEC telah berkumpul dari seawal 8.45 pagi di FEDEC. Selepas 'final meeting', pasukan ANIS-FEDEC telah bersama-sama menaiki LRT menuju ke PWTC yang merupakan stesyen terdekat dengan Rumah Nur Salam. Sesampai di Nur Salam, taklimat telah diberikan oleh 'programme coordinator' Nur Salam, En. Hasrul, sebelum beliau menyerahkan anak-anak Nur Salam kepada pasukan ANIS-FEDEC untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

sesi taklimat kepada pasukan ANIS-FEDEC.


khusyuk mendengar taklimat


kakchik @ achik




Semasa aktiviti dijalankan, anak-anak Nur Salam telah dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan mengikut tahap umur mereka. Pelbagai pengisian telah dirancang oleh kumpulan ANIS-FEDEC terutama program yang berbentuk keyakinan diri dan halatuju kehidupan. Kerjasama yang bagus telah diberikan oleh anak-anak Nur Salam yang hadir.

aktiviti melukis dan mewarna untuk anak-anak berumur bawah 9 tahun.


menyudahkan buku aktiviti yang telah diberikan.


Aktiviti pasukan ANIS-FEDEC di rumah Nur Salam berakhir pada jam 4 petang. Setelah itu, resolusi untuk 2 hari bengkel ANIS telah dibincang dan dibuat bersama. Semua ahli pasukan ANIS-FEDEC telah memberikan kesanggupan untuk terus membantu dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang akan dianjurkan pada hari-hari mendatang.

Oleh itu, pihak FEDEC-ABIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan bengkel ANIS kali ini. Syukran jazilan...






Sunday, November 16, 2008

Laporan Seminar Celik Emosi Di Pulau Pinang



Seminar Celik Emosi di Pulau Pinang berjaya dilangsungkan pada 13 November 2008, hari khamis di Dewan Seminar, Masjid Negeri. Seminar anjuran Pusat Pembangunan Kecemerlangan Keluarga (FEDEC)-ABIM dan ABIM P.Pinang tersebut dijalankan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Seramai hampir 100 peserta yang terdiri daripada kaunselor sekolah sekitar Pulau Pinang telah hadir dan memberikan komitmen yang begitu baik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPN P.Pinang, dan antara panel yang dijemput adalah Prof. Dr. Sidek Baba, Tn. Haji Hassan Ahmad, PM Dr. Mastura Badzis yang merupakan Naib Presiden (HELWA) ABIM, serta PM Dr. Zainal Ariffin Ahmad dari USM. Sesi bengkel juga telah diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berlegar di kalangan kaunselor sekolah.

Seminar Celik Emosi pada kali ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila peserta yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.


Tuesday, November 11, 2008

Bengkel ANIS, ditukar tarikh ke 19, 20 Nov 08




Assalamualaikum...

Bengkel ANIS yang dijadualkan pada sabtu dan ahad ini (15, 16 nov) akan dianjak ke hari rabu dan khamis (19, 20 Nov 2008), atas permintaan ramai.

Tentatif program dan tempat masih kekal seperti asal.

Mohon maaf atas perubahan ini.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Azmiza-019 951 4389, azmiza_nam@yahoo.com

Wednesday, November 5, 2008

Jemputan: Akademi Nisa' Islam [ANIS], 15 & 16 nov

[Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]



Assalamu'alaikum w.b.t..

Anda an-nisa'? Muslimat? Remaja wanita? Pelajar sekolah? Mahasiswi?
Jika iya.. ini adalah berita baik untuk anda.

Mahu berbakti dan menyumbang untuk Islam..
Ingin membantu anak bangsa..
Tidak lagi sanggup melihat gejala kerosakan akhlak yang semakin menjadi-jadi..

Ayuh.. sertai kami!!!

Mari kita bersama membantu dan berjasa buat ummah..
Satu program untuk kita mengenal pasti peranan kita di muka bumi ini..
Anda akan dibawa mendekati isu-isu yang sedang berlegar-legar dalam masyarakat kita..

Insyallah, waktu hujung minggu anda tidak akan sia-sia jika anda bersama kami!!


AKADEMI NISA' ISLAM (ANIS)

Pada : 15 & 16 November 2008 [Sabtu & AHad]
Waktu : 8.30 pg- 6.30 ptg
Tempat: FEDEC, 134, Jalan Merbau, Kg. Melayu, Ampang
Bayaran : RM 10


Sila hubungi azmiza (kakmija)- 019 951 4389, untuk pendaftaran dan pertanyaan, sebelum 13 Nov 08.




.::Tentatif Program::.


:: Hari pertama :: Sabtu ::

8.30 pg : Pendaftaran
9.00 pg : Taklimat program
9.30 pg : Ta'aruf/ suai kenal
10.30 pg : Minum pagi
11.00 pg : Bengkel 1 : Kenapa aku?
12.30 ptg : Makan tengah hari, solat zohor
2.00 ptg : Bengkel 2: Bersama aktivis muda
3.30 ptg : Halaqah 1
4.30 ptg : Minum ptg, solat asar
5.15 ptg : Halaqah 2
6.30 ptg : Bersurai


:: Hari ke-2 :: Ahad ::

8.30 pg : Taklimat aktiviti hari ke-2
9.30 pg : ZIARAH :: Bersama isu ::
3.00 ptg : Bengkel 3: Bagaimana?
6.30 ptg : Tamat




Ayuh..bersama-sama kami!!!

Tuesday, November 4, 2008

Program HIKMAH sempena cuti sekolah.. anjuran CPIE & FEDEC





Cuti sekolah sudah bermula...

"Hoooreeeeyyyyy...." sudah semestinya itu lah dialog anak-anak kita.


Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa?

Bimbang anak-anak sendirian di rumah?
Bimbang anak-anak mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah?
Risau anak-anak hanya mengadap tv?

Mahu membawa anak-anak ke pejabat? Tapi bagaimana pula dengan majikan?




Jadi...

Centre for Philosophical Inquiry in Education (CPIE)

INSTITUTE OF EDUCATION, IIUM


dengan kerjasama


Family Excellence Development Center (FEDEC), ABIM

akan mengadakan




(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Tarikh: 1-5 Disember 2008
Hari: Isnin-Jumaat
Waktu: 8.30 pagi - 12.30 petang
Tempat: Family Excellence Development Center (FEDEC),
134, Jalan Merbau, Kg. Melayu, Ampang

Bayaran: RM 130
Sasaran peserta: 3 peringkat umur, 9-17 tahun


Ibubapa harus merebut peluang ini agar masa cuti anak-anak tidak terbazir begitu sahaja, dan mereka tidak hanya duduk di rumah tanpa pemantauan kita.

Program yang amat bagus untuk mengasah teknik berfikir dan keyakinan diri anak-anak..

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Thinking skills
Thinking skills  Apa hasil yang akan dicapai oleh anak-anak selepas mengikuti program ini?
Apa methodology program ini?


(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Untuk pertanyaan, sila hubungi Saudari Azmiza (019 951 4389)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 November 2008

Sila fax borang penyertaan di bawah ke 03-6189 6700,
FEDEC-ABIM, Angkatan Belia Islam Malaysia, Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak.

Atau email ke : azmiza_nam@yahoo.com




sila war-warkan kepada yang lain...