Friday, October 30, 2009

Tetamu tidak dundang ke Bukit Aman-Roger tuan!

Saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Sdr Din Abas, usai kes di Mahkamah Syariah Kajang, memaklumkan Ustaz Zawawi dipanggil ke Bukit Aman. Berderau darah tapi masih mampu bertenang. Panggilan selanjutnya saya panjangkan ke pengetahuan sdr Timbalan Presiden, SUA dan beberapa teman peguam untuk persediaan. Malah jari jemari meluncur menekan nombor PejabatPeguam Negara untuk mendapatkan maklumat. Setelah yakin bahawa kehadiran hanyalah untuk mengambil kenyataan, ya saya fikir ini adalah rahmat setelah menunggu tindakan dari pihak berwajib. Cuma saya tidak menyangka bahawa siasatan akan dibuat oleh Cawangan Undang-undang Bukit Aman sedangkan laporan polis dibuat di Selangor dan Kuantan.

Petangnya saya sempat berbual dengan Ustazah Hazlina, mantan HELWA Selangor yang terkenal dengan ketegasan dan tegar jiwanya dalam gerakan ini. Kalimat keramat dibisikkan supaya kita harus menghadapi isu ini sehingga selesai, kata kak Na (nama mesra beliau), isu ini adalah isu tulen, hanya ABIM yang betul-betul membawa isu ini, setelah sekian lama kita tidak berhadapan dengan isu, kita harus tangani isu ini sehingga selesai. Itulah jawapan tegas daripada bidadari syurga!

Keesokkannya, usai urusan di Mahkamah, saya, SUA dan seorang lagi exco gerak khas menjejakkan kaki ke Bukit Aman dengan tujuan untuk mengiring Ustaz Zawawi dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Encik Mohd Isa. Kami melaporkan diri di Balai Pegawai dan menyerahkan kad pengenalan serta telefon bimbit. Ada debar dalam keterujaan. Kami meredah Bukit Aman yang tenang dan misteri itu untuk menjejaki Ustaz, Ustazah dan Encik Isa.

Hampir sejam berlegar, kelibat mereka tidak kelihatan sedangkan kami telah berjanji untuk berjumpa di lobi, argh..rupanya ada bnayak lobi di sini! Mujurlah sdr SUA yang tenang itu mengenali pegawai-pegawai lain yang turun menyambut kami dengan mesra tapi terpinga-pinga kerana tidak menyangka tujuan kehadiran kami. Bagai menyerah diri nampaknya!

Kami diiringi empat pegawai menuju ke kantin di Bukit Aman. Sambil menikmati Nasi ayam dan Teh ais, semua pegawai ramah bercerita dan mengambil maklumat diri kami serta berkongsi maklumat. Wah, sesuai dengan jabatan mereka cawangan khas, banyak sungguh maklumat mereka ini. Cuak juga rasanya, tapi memikirkan kami datang dengan niat yang baik, pastinya tuhan mengizinkan hanya perkara yang baik sahaja. Rancak bercerita, hati gusar memikirkan dimana lokasi Ustaz dan ustazah! roger!

Jam 1.30 petang, kami memohon untuk mengundurkan diri kerana saya perlu menghadiri kes di Keramat. Tika ini, kelibat dan maklumat di mana ustaz dan ustazah masih tidak diketahui. Kami dihantar pulang ke pos keselamatan oleh Tuan Subra (Ketua Unit Cawangan Khas) dan Tuan Abdul Razak, sedang Tuan Chot dan seorang lagi pegawai pulang menuruni lurah bukit dengan berjalan kaki!Bukankah kehadiran kami sangat istimewa kerana hanya Pegawai ASP ke atas sahaja yang dibenarkan membawa kereta ke dalam Bukit Aman!

Sempat bergambar dengan SUA di pintu pagar IPD, merakam detik sejarah menjadi tetamu tidak diundang di Bukit Aman. Lega sebaik sahaja panggilan telefon saya dijawab oleh Encik Isa dan kemudiannya Ustaz dan Ustazah membalas panggilan kami. Selesai kenyataan diberikan, kuasa dan harapan diletakkan kepada pihak berwajib untuk meneruskan siasatan. Kami sedia memberikan kerjasama membantu siasatan andai diperlukan!Roger!

Thursday, October 29, 2009

Seputar perjalanan ke Kuantan...

Inilah kali pertama saya bermusafir seorang diri. Menaiki pesawat Mas kelas ekonomi ke Kuantan, saya berlepas seorang diri menaiki ERL ke Putrajaya dans eterusnya ke KLIA tanpa kelibat suami dan anak-anak. Kosong rasanya jiwa sebaik kaki melangkah ke "waiting Hall" menunnggu pesawat berlepas ke Kuantan tepat jam 5.45 petang. Sambil menunggu, saya ditemani oleh secangkir kopi"O" kopitiam berdekatan, laptop dan buku karya Esposito, "Who Speaks For Islam"..semuanya hadir untuk menghilangkan rasa sebak dan rindu kepada keluarga.

ketika tangan mengurai satu persatu lembaran muka naskhah tersebut, mata saya seakan galak mengikuti sosok seorang tokoh pemikir Islam yang kalau ikut jadualnya, saya akan mendengar pidato beliau pada 31hb. Oktober, 2009 kelak. Saya belum berani memperkenalkan diri, seakar membuat pemerhatian aktiviti tokoh besar ini..namanya pun tokoh, sepanjang 20 minit saya memerhatikan beliau, kepalanya langsung tidak diangkat dari tatapan buku di tangannya, sedang penanya berlari licik mencatat di lampiran yang sama. Saya kira beliau sedang mencatat nota penting untuk agenda besar beliau di Kuantan.

Panggilan terdengar di corong, mempersilakan penumpang menaiki pesawat. saya berkejar ke arah beliau sambil memperkenalkan diri dan mengucapkan selamat berlepas. Kami menaiki pesawat yang sama tetapi berlainan kelas penumpang, seakan meyakinkan saya beliau memang seorang tokoh. Begitulah pertemuan ringkas saya dengan Dr. Kamal Hasan, bekas rektor UIA!

Saya memilih duduk searas dengan sayap pesawat dengan pemandangan ke luar. Entah berapa banyak bahan bacaan yang saya kutip dari troli pesawat dengan niat untuk memujuk diri. Terasa perjalanannya sangat panjang apabila air mata saya meluncur deras sederas pesawat meluncur di angkasaraya menuju ke bumi Kuantan!

Saat juruterbang mengumumkan pesawat akan mendarat dalam tempoh 20 minit, saya sempat membelek makalah pelancongan di dalam pesawat. Ada yang menarik untuk ditonjilkan di saat kita berbicara status malaysia sebagai negara Islam. Tajuknya "10 tempat yang anda wajib kunjungi di asean". saya kira kalau di negara lain di antara tempat yang sepuluh itu adalah pantainya, pulaunya dan destinasi sejarahnya, saya sangat terkejut bila tempat yang sewajarnya dilawati di Malaysia adalah kelab kontroversi "The Zouk" Kuala Lumpur! Rasa hina sungguh negara ini, apabila labelnya hanyalah setaraf "The Zouk" untuk dilawati sedangkan negara ini cukup kaya dngan kaya khazanah agama, budaya dan bangsa!

Saya sampai tepat jam 6.30 petang dan disambut dengan senyuman mesra Amal Abdul Halim, Ketua Helwa Selangor dan adinda Siti dari UIA, terus dibawa ke Taska ABIM Pahang untuk pertemuan bersama HELWA ABIM Pahang. Wah! Kauntan penuh dengan lampu isyarat dan taska terletak di dalam kawasan elit, berjiran dengan banglo-banglo kerabat di raja Pahang.

Malamnya, saya dijamu dengan hidangan enak air tangan "Cikgu Hasni" isteri Sdr Amidi yang sentiasa kecoh dengan lima anakndanya. Usrah kami bermula dengan kehadiran "Noni" isteri kepada "Dr. Mahadi" dan beberapa adik-adik HEWI UIA yang saya kira sangat komited! Kami berkongsi beberapa perkara dan pengalaman dan satu soalan cepu emas setiap kali bertemu HELWA, apa misi dan halatuju HELWA? Soalan akademik tapi pentafsirannya akan mencorakkan perjalanan haraki!

Usai majlis, saya dihantar pulang untuk "check in" di Shahzan Inn oleh Amal. Dalam kemeriahan warga Kuantan meraikan hari puja umur Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, saya resah keseorangan, hampir tidak tidur walaupun kelelahan kerana rindu yang mencengkam teringat anak-anak yang ditinggalkan khususnya, Maryam Fadhilah yang masih menyusu badan.

Pagi di Kuantan sangat damai dan tenteram, alam yang ditebarkan tuhan dan hembusan bayu pantai sangat menyamankan. Usai bersarapan di hotel, saya bergegas ke tempat upacara, hanya 5 minit berjalan kaki dari tempat beradu. Dalam keterujaan menyambut tetamu dan debar menanti program habis ke hujungnya, saya kehilangan "pendrive"yang memuatkan simpanan catatan-catatan saya. Puas dikelek kesana kemari, di Kuantan juga ia hilang tidak berjejak!

Thursday, October 22, 2009

Salam!

Di kala JAWAB sedang menangani isu advokasi syariah di Malaysia, saya mencari ruang untuk cuba mengaktifkan blog HELWA ABIM ini.. beri saya sedikit masa dan ruang..akan saya nukilkan catatan-catatan penting usai saya berada di tempat kejadian. .Moga ruangan ini akan dimaanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber maklumat dan perbahasan ilmu yang matang!

Menegakkan Kebenaran dan keadilan!

Sunday, April 19, 2009

Bengkel Hak Kanak-kanak, anjuran HELWA, 24-26 April 09 @ IIUM

[klik pada gambar untuk paparan lebih besar]




[klik pada gambar untuk paparan lebih besar]



Hal Ehwal Wanita (HELWA-ABIM) & Educate To Learn Sdn. Bhd (e2L)

Dengan kerjasama

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Akan mengadakan

Bengkel Konvensyen Hak Kanak-kanak
[CONVENTION ON THE RIGHT OF THE CHILD]

CRC


Tarikh
24-26 April 2009 [Jumaat-Ahad]

Tempat
ADM 9, IRK Building, IIUM

Yuran
RM35/RM 25 (Pelajar)




Apa itu CRC??
Konvensyen Hak Kanak-kanak atau CRC telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989. Dan Malaysia mengekalkan reservasi terhadap Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37 dalam konvensyen ini.

CRC mempunyai 54 Perkara dan dapat dibahagikan kepada 3 Bahagian, iaitu Bahagian I (Perkara 1-41), Bahagian II (Perkara 42-45) dan Bahagian III (Perkara 46-54).

Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hak-hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak-kanak, manakala Bahagian II dan III lebih kepada tanggungjawab Negara dalam mempromosi serta perancangan masa depan mengenai hak tersebut.



Siapa yang perlu hadir ke bengkel ini??
• Mereka yang prihatin dengan hak dan nasib kanak-kanak, TERMASUK
• Pengusaha/ staf TADIKA, TASKA, TASKI
• Ibu bapa
• Mahasiswa
• Guru-guru



Tentatif
Jumaat, 24 April 2009
2.00 ptg : Pendaftaran
3.00 ptg : Ucapan Alu-aluan, Pengenalan
3.30 ptg : Objektif Bengkel, Peraturan & Ice Breaker
4.00 ptg : Hak, Kehendak dan Keperluan
4.30 ptg : Minum petang, solat Asar
5.00 ptg : 4 Kategori Hak – Kad kelompok
6.00 ptg : Bersurai


Sabtu, 25 April 2009
9.00 pg : Hak untuk hidup & Energizer – grouping Game
10.30 pg : Minum pagi
11.00 pg : Sambungan
11.30 pg : Hak untuk Perkembangan
1.00 ptg : Makan tengahari, solat Zuhur
2.00 ptg : Sambungan
2.30 ptg : Hak Mendapat Perlindungan
4.00 ptg : Minum petang, solat Asar
5.00 ptg : Sambungan
6.00 ptg : Bersurai


Ahad, 26 April 2009
9.00 pg : Warm-up / Energizer / Recap of yesterday
10.00 pg : Hak Penyertaan
11.00 pg : Kudapan
11.30 pg : Hak Penyertaan
1.00 ptg : Makan Tengahari
2.00 ptg : Sambungan
2.30 ptg : Kerangka Perundangan
3.30 ptg : Pelan Tindakan : CRC & Anda
5.00 ptg : Penyampaian Sijil
5.30 ptg : Minum petang & Bersurai





¨ Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta. [Dikeluarkan oleh Institut Perkembangan Awal Kanak Kanak (i-EYD)]
¨ Tempat adalah terhad; hanya dibuka kepada 20 peserta sahaja.
¨ Tenaga pengajar yang berpengalaman dari SUHAKAM




Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:


Azmiza [016 410 2767], ATAU email ke [azmiza_nam@yahoo.com]





Pendaftaran adalah selewat-lewatnya pada 23 April 2009.



sila klik http://helwa-abim.blogspot.com

Sunday, April 12, 2009

JEMPUTAN: Program Qiamullail HELWA


[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]



Assalamualaikum wbt..

Insyallah, HELWA ABIM Pusat dan HELWA ABIM Sg. Besi, serta Kelas Pengajian Wanita Surau Ar-Rahmaniah
akan menganjurkan

Program Qiamullail; Menggapai Cinta Ilahi

Tarikh : 18 hb (8.20 mlm)- 19 April 2009 (Sabtu-Ahad)
Tempat : Surau Ar-Rahmaniah, Jalan F, Kg Pandan Dalam, KL

Semua HELWA dan sesiapa yang berminat adalah dijemput hadir!!!

[Klik pada peta untuk paparan lebih jelas]






Tentatif Program

18 April 2009 (Sabtu)


8.20 mlm : Solat Isyak berjamaah

: bacaan al mathurat

9.00 mlm : Ucapan alu-aluan [Ketua HELWA Pusat]

9.20 mlm : “Mendekati kebahagiaan” [Ustzh Zaharah, ABIM Setapak]

10.20 mlm : Eratkan Ukhuwwah

11.20 mlm : Kembara Mimpi

19 April 2009 (Ahad)


4.00 pg : Qiamullail

: Solat Subuh

6.20 pg : Manhaj Rabbani

[Dr. Haslina Ibrahim]

7.20 pg : Persiapan Diri

8.00 pg : Sarapan Pagi

Bersurai


** Penginapan adalah di surau tersebut.
** Bagi ibu yang membawa anak-anak, penginapan disediakan di Taski berdekatan surau.
** Untuk lebih selesa, sila bawa kelengkapan untuk tidur (bantal, selimut dll)
** Sila hubungi azmiza- 016 410 2767 atau, kakina- 012 260 6752 untuk pertanyaan.



WAR-WARKAN KEPADA YANG LAIN...



Thursday, February 19, 2009

JEMPUTAN & MAKLUMAN: USRAH & ZIARAH BERSAMA HELWA AMPANG-SG.BESI

sALAM'alaik.....

Semoga HELWA sekalian berada dalam limpahan kasih dan rahmat dari ALLAH s.w.t..

Makluman dan jemputan, untuk bersama-sama hadir ke USRAH DAN ZIARAH HELWA ABIM Pusat bersama HELWA AMPANG-SG. BESI,

Tarikh : 21 Feb 2009- sabtu
Masa : 10 pagi
Tempat : Surau Annur, Jln Cempaka 17,Tmn Cempaka, 68000, Ampang.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Dr.Mastura- 016 9140 336, atau HELWA Ampang- K.Aishah- 019 473 0082.

Semoga dipermudahkan oleh-NYA...


NOR AZMIZA MAMAT
Setiausaha Kerja HELWA

Tuesday, February 17, 2009

Jemputan ke program Jalinan Ukhuwwah WADAH-HELWA-HEWI (WARDAH)- tarikh terbaru

sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas





YBhg. Datin /Dr./ Pn. / Sdri.

Semua WADAH/ HELWA / HEWI / Semua Staf Perempuan Sekretariat ABIM Pusat & Agensi ABIM

Jemputan Ke Program Jalinan Ukhuwwah WADAH-HELWA-HEWI (WARDAH)

Anjuran : WADAH / HELWA/ HEWI

Tempat : Kolej Dar al Hikmah, Sg. Ramal Dalam

Tarikh : 9 Mac 2009, 12 Rabiulawal 1430H (Isnin)

Masa : 11.00pg - 2.30 ptg ( Zohor bersama)

Tetamu Jemputan: Datin Dr Siti Zalikha Mohd Nor(Untuk Pengisian)

Tujuan utama : - Lebih kepada perjumpaan antara 3 Generasi

- Untuk merapatkan lagi barisan WADAH/ HELWA/ HEWI & staf agensi

** Sumbangan juadah amat dialu-alukan (Potluck Pagi & Tengahari) bagi meringankan pihak penganjur

Kami bagi pihak penganjur:-

PN. NORASMAWATI SAAD ~ 016-313 4273,

PN. ADIBAH AHMAD ~ 013-806 6021,

SDRI. AZMIZA - 019 951 4389,

SDRI. MARIATI - 016 854 9012

Mudah-mudahan diberi kelapangan untuk sama-sama kita berjumpa di hari tersebut.



sila war-warkan