Inilah kali pertama saya bermusafir seorang diri. Menaiki pesawat Mas kelas ekonomi ke Kuantan, saya berlepas seorang diri menaiki ERL ke Putrajaya dans eterusnya ke KLIA tanpa kelibat suami dan anak-anak. Kosong rasanya jiwa sebaik kaki melangkah ke "waiting Hall" menunnggu pesawat berlepas ke Kuantan tepat jam 5.45 petang. Sambil menunggu, saya ditemani oleh secangkir kopi"O" kopitiam berdekatan, laptop dan buku karya Esposito, "Who Speaks For Islam"..semuanya hadir untuk menghilangkan rasa sebak dan rindu kepada keluarga.
ketika tangan mengurai satu persatu lembaran muka naskhah tersebut, mata saya seakan galak mengikuti sosok seorang tokoh pemikir Islam yang kalau ikut jadualnya, saya akan mendengar pidato beliau pada 31hb. Oktober, 2009 kelak. Saya belum berani memperkenalkan diri, seakar membuat pemerhatian aktiviti tokoh besar ini..namanya pun tokoh, sepanjang 20 minit saya memerhatikan beliau, kepalanya langsung tidak diangkat dari tatapan buku di tangannya, sedang penanya berlari licik mencatat di lampiran yang sama. Saya kira beliau sedang mencatat nota penting untuk agenda besar beliau di Kuantan.
Panggilan terdengar di corong, mempersilakan penumpang menaiki pesawat. saya berkejar ke arah beliau sambil memperkenalkan diri dan mengucapkan selamat berlepas. Kami menaiki pesawat yang sama tetapi berlainan kelas penumpang, seakan meyakinkan saya beliau memang seorang tokoh. Begitulah pertemuan ringkas saya dengan Dr. Kamal Hasan, bekas rektor UIA!
Saya memilih duduk searas dengan sayap pesawat dengan pemandangan ke luar. Entah berapa banyak bahan bacaan yang saya kutip dari troli pesawat dengan niat untuk memujuk diri. Terasa perjalanannya sangat panjang apabila air mata saya meluncur deras sederas pesawat meluncur di angkasaraya menuju ke bumi Kuantan!
Saat juruterbang mengumumkan pesawat akan mendarat dalam tempoh 20 minit, saya sempat membelek makalah pelancongan di dalam pesawat. Ada yang menarik untuk ditonjilkan di saat kita berbicara status malaysia sebagai negara Islam. Tajuknya "10 tempat yang anda wajib kunjungi di asean". saya kira kalau di negara lain di antara tempat yang sepuluh itu adalah pantainya, pulaunya dan destinasi sejarahnya, saya sangat terkejut bila tempat yang sewajarnya dilawati di Malaysia adalah kelab kontroversi "The Zouk" Kuala Lumpur! Rasa hina sungguh negara ini, apabila labelnya hanyalah setaraf "The Zouk" untuk dilawati sedangkan negara ini cukup kaya dngan kaya khazanah agama, budaya dan bangsa!
Saya sampai tepat jam 6.30 petang dan disambut dengan senyuman mesra Amal Abdul Halim, Ketua Helwa Selangor dan adinda Siti dari UIA, terus dibawa ke Taska ABIM Pahang untuk pertemuan bersama HELWA ABIM Pahang. Wah! Kauntan penuh dengan lampu isyarat dan taska terletak di dalam kawasan elit, berjiran dengan banglo-banglo kerabat di raja Pahang.
Malamnya, saya dijamu dengan hidangan enak air tangan "Cikgu Hasni" isteri Sdr Amidi yang sentiasa kecoh dengan lima anakndanya. Usrah kami bermula dengan kehadiran "Noni" isteri kepada "Dr. Mahadi" dan beberapa adik-adik HEWI UIA yang saya kira sangat komited! Kami berkongsi beberapa perkara dan pengalaman dan satu soalan cepu emas setiap kali bertemu HELWA, apa misi dan halatuju HELWA? Soalan akademik tapi pentafsirannya akan mencorakkan perjalanan haraki!
Usai majlis, saya dihantar pulang untuk "check in" di Shahzan Inn oleh Amal. Dalam kemeriahan warga Kuantan meraikan hari puja umur Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, saya resah keseorangan, hampir tidak tidur walaupun kelelahan kerana rindu yang mencengkam teringat anak-anak yang ditinggalkan khususnya, Maryam Fadhilah yang masih menyusu badan.
Pagi di Kuantan sangat damai dan tenteram, alam yang ditebarkan tuhan dan hembusan bayu pantai sangat menyamankan. Usai bersarapan di hotel, saya bergegas ke tempat upacara, hanya 5 minit berjalan kaki dari tempat beradu. Dalam keterujaan menyambut tetamu dan debar menanti program habis ke hujungnya, saya kehilangan "pendrive"yang memuatkan simpanan catatan-catatan saya. Puas dikelek kesana kemari, di Kuantan juga ia hilang tidak berjejak!
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment