Jemputan ke Majlis Iftar Jama’iey
HELWA-FEDEC ABIM
Bersama
Ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih (RTK)
Sempena Ramadhan pada tahun ini, sekali lagi HELWA ABIM dan FEDEC akan mengadakan Majlis Iftar Jama’iey bagi menjadi medan pertemuan dalam pereratkan lagi ukhuwwah antara ahli-ahli, mantan-mantan HELWA dan keluarga, serta HEWI PKPIM.
Maklumat berkaitan majlis ini adalah seperti berikut:
Tarikh
20 September 2008 (Sabtu)
Masa
5.30 ptg-10.30 malam
Tempat
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Keluarga (FEDEC), Lot 134, Jalan Merbau, Kg. Melayu, Ampang
Tentatif
5.00 ptg : Kehadiran peserta dan tetamu
5.30 ptg : Ucapan Ketua HELWA & RTK
: Penyampaian sumbangan
6.10 ptg : Tazkirah Ramadhan
7.00 ptg : Bersedia untuk berbuka
7.30 mlm : Maghrib berjamaah
8.30 mlm : Isya’ & terawikh berjamaah
10.00 mlm : Moreh (hadirin digalakkan untuk membawa sejenis kuih bagi dimakan bersama)
Bersurai
JUALAN ‘BOOK-MARK’
Pihak HELWA-FEDEC mengadakan jualan amal ‘book-mark’. Hasil dari jualan ini akan diberikan terus kepada Rumah Titian Kasih. ‘Book-Mark’ akan mula dijual pada Isnin,15 Sept. 2008 dan turut dijual semasa majlis ini. Untuk pertanyaan tentang jualan ‘book-mark’, sila hubungi Dr. Haslina (kakhas) di talian 012 234 9625.
PROJEK INFAK
Hadirin digalakkan untuk infak ke Tabung Aktiviti FEDEC, bagi menampung kos untuk iftar ini, dan juga bagi menggerakkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh FEDEC pada masa akan datang. Tabung Aktiviti FEDEC akan diedar pada majlis ini.
SUMBANGAN BARANG-BARANG TERPAKAI
Sempena Majlis Iftar Jama’iey, pihak FEDEC meminta jasa baik semua untuk menyumbangkan barang-barang terpakai dari rumah masing-masing dan dibawa bersama pada majlis tersebut. Barang-barang terpakai yang disumbangkan akan dikumpul dan dijual bagi menambah dana Tabung Aktiviti FEDEC.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Azmiza- 019 951 4389.
SILA WAR-WARKAN KEPADA SEMUA.. syukran jazilan
Lets’ strengthen our brotherhood for the sake of ummah...
No comments:
Post a Comment